suria

Tak perlu hadapi pandemik, pasangan kekasih pindah ke pulau terpencil... hidup tanpa jiran

Mereka cukup selesa hidup di pulau itu dan menjalani kehidupan biasa, jauh dari kesibukan kota.

KEPUTUSAN pasangan kekasih dari Britain yang berpindah ke sebuah pulau terpencil pada 14 Mac tahun lalu ternyata memberi kelebihan buat mereka.

Luke and Sarah Flanagan berpindah ke Kepulauan Owey di Ireland beberapa hari sebelum pandemik Covid-19 'mengganas' sehingga United Kingdom diletakkan dalam penguatkuasaan perintah berkurung pada tahun lalu.

Selain ketiadaan eletrik mahupun bekalan air terawat, mereka juga hidup tanpa jiran di pulau itu.

Luke, 34, dan Sarah, 36, cukup selesa hidup di pulau itu dan menjalani kehidupan biasa, jauh dari kesibukan kota.

"Ianya cukup pelik mendengar kisah mengenai pandemik yang berlaku sementara kami terpisah jauh di pulau ini.

"Seperti yang boleh dibayangkan, kami tidak perlu melakukan penjarakan sosial di sini.

"Pengalaman ini cukup luar biasa. Kami amat suka kehidupan ini," ujar pasangan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain