CINTA tak mengenal usia. Demikian kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan percintaan Iris Jones, 81, dengan kekasihnya, Ibriham yang berusia 36 tahun. Meskipun dipisahkan jarak usia 45 tahun, namun ia bukan halangan buat mereka untuk bercinta seperti pasangan kekasih yang lain. "Tidak terlintas sama sekali perkara ini akan berlaku pada usia saya iaitu jatuh cinta dengan seseorang yang separuh usianya dengan usia saya. Tetapi anda tidak mampu menolak dengan siapa anda jatuh cinta," kata Iris. Namun, pasangan ini terpisah buat sementara ketika ini gara-gara pandemik Covid-19 di mana Iris kini menetap United Kingdom (UK) manakala kekasihnya di Mesir. Iris mengakui perpisahan tersebut membuatkannya sunyi dan sedikit tertekan kerana berjauhan dengan lelaki yang dicintainya itu. Katanya, dia terpaksa menerima hakikat tersebut, namun mereka saling berhubung setiap hari untuk mengubati kerinduan dan masih bergelar pasangan kekasih sehingga kini. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!