FOTO terakhir seorang pelancong sempat dirakam sebelum dia menemui ajal akibat tergelincir di Victoria Falls, Jumaat lalu. Roy George Tinashe Dikinyay, 40, yang sebelum itu berjalan bersendirian di tebing air terjun berkenaan, dilaporkan tergelincir dan jatuh daripada ketinggian 350 kaki di hadapan rakan wanitanya. Menurut media tempatan, Dikinyay ketika itu sedang bergilir-gilir dengan rakannya untuk mengambil gambar berlatar belakangkan air terjun terbesar di dunia itu. Menurut seorang pelancong lain, dia terdengar jeritan daripada rakan wanita mangsa yang memberitahu lelaki itu tergelincir. "Disebabkan keadaan kabus, kami tidak dapat mengesan mangsa lalu memaklumkan pegawai taman negara," kata pelancong berkenaan. Pasukan penyelamat kemudian menjalankan misi pencarian dan menemui mayat Dikinyay 24 jam selepas dia dilaporkan terjatuh. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!