POLIS kesal dengan tindakan seorang wanita yang sanggup menggadai nyawa apabila bergayut di luar balkoni bangunan tinggi, demi sekeping gambar. Video yang dikongsi oleh saluran berita Australia, 9News menunjukkan wanita berkenaan bergayut di balkoni di tingkat 11 Seaside Resort di Mooloolaba di Pantai Sunshine di Queensland. Seorang rakan wanita dilihat berdiri di atas kerusi untuk mengambil gambar wanita itu yang cuba melepaskan salah satu tangannya. Seorang lelaki, yang mengambil gambar dari sebuah bangunan berdekatan, kedengaran berkata: "Itu bukankah satu tindakan yang bodoh?" Bercakap kepada 9News: "Foto seterusnya mungkin dia terbaring di bawah.. "Saya hanya fikir kalau dia terlepas tangan, memang habislah (maut)," tambahnya. Superintendan Sunshine Coast, Craig Hawkins bercakap kepada pemberita berkata, wanita yang bergayut di balkoni termasuk rakannya yang mengambil gambar boleh menghadapi tuduhan di atas tingkah laku yang tidak wajar. "Mereka membahayakan nyawa semata-mata untuk mengambil gambar," katanya. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!