suria

Buat perbandingan dengan gadis paling cantik di dunia, lelaki pencen tetap pilih isteri usia 66 tahun

Perbandingan yang dibuat lelaki itu antara isterinya dengan gadis Israel berkenaan pantas menjadi tular dan menerima ribuan komen netizen.

CINTA hingga ke akhir hayat.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki pencen yang percaya bahawa isterinya yang berusia 66 tahun merupakan wanita tercantik di dunia.

Dia sebelum itu membuat perbandingan antara isterinya dengan Yael Shelbia, gadis Israel yang dinobatkan sebagai pemilik wajah paling jelita di dunia untuk tahun 2020.

"Dia (Yael) memang menarik, tapi tak secantik isteri saya. Isteri saya umur 66 tahun," ujar Richard Freemantle di Facebook.

Perbandingan itu pantas menjadi tular dan menerima ribuan komen netizen.

Malah, ramai yang memuji cara lelaki itu mengambil hati isterinya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain