suria

Ceroboh kubur demi dapatkan tengkorak untuk pemujaan ilmu hitam, dua lelaki akhirnya ditahan

Tempat pemujaan yang ditemui polis ketika serbuan di rumah Lopez. Foto: Polk County Sheriff's Office

DUA lelaki ditahan kerana mencuri tengkorak daripada mayat yang sudah lama dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Florida.

Brian Tolentino, 43, dan Juan Lopez, 39, masing-masing menghadapi empat tuduhan mengganggu kubur dan penyalahgunaan mayat manusia yang mati.

Mereka mencuri tengkorak manusia untuk diletakkan dalam tempat pemujaan ilmu hitam.

Pejabat Sherif Lake County mengatakan bukti DNA yang ditemui pada cerut dan barang-barang lain yang ditinggalkan di Tanah Perkuburan Edgewood, membawa detektif kepada penangkapan Tolentino dan Lopez.

Polis menemui tempat pemujaan di kediaman Lopez, kata Sherif Polk County, Grady Judd kepada pemberita pada Jumaat.

Ketika serbuan itu, polis turut menemui lima tengkorak manusia dan tengkorak pelbagai jenis haiwan seperti buaya, rakun, kambing dan lain-lain di tempat pemujaan tersebut.

Hasil siasatan lanjut, para detektif mendapati tempat pemujaan itu dijadikan kuil 'Palo Mayombe', iaitu 'seni ilmu hitam yang memerlukan bahagian tubuh untuk pemujaan dan cenderung menghendaki tengkorak'.

Ketika soal siasat, Tolentino dan Lopez mengaku telah menceroboh beberapa kubur untuk mendapatkan tengkorak manusia. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tengkorak, ceroboh kubur, ilmu hitam

Artikel Lain