suria

Tak senonoh! Penumpang ‘buang air kecil’ dalam tren

Tangkapan skrin daripada klip video memaparkan tindakan seorang penumpang sedang 'buang air kecil'. Foto: Facebook Christopher Benjamin

TAK senonoh. Itulah perkataan sesuai yang menggambarkan kelakuan seorang penumpang London Tube apabila bertindak membuang air kecilnya di dalam koc.

Klip video memaparkan tindakan jijik lelaki berkenaan mula menjadi tular di media sosial.

Dilaporkan, insiden itu berlaku ketika tren berkenaan sedang dalam perjalanan ke Wimbledon.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki duduk dengan kakinya sedikit terkangkang.

Aliran cecair dilihat keluar di antara kakinya, walaupun tidak sepenuhnya jelas daripada mana sumber cecair yang mencurigakan itu.

Penumpang lain kelihatan tidak menyedari apa yang berlaku ketika cecair mulai membasahi lantai koc.

Sementara itu, netizen berpendapat kemungkinan ia adalah 'prank'.

Jurucakap Polis Pengangkutan Britain berkata: "Polis Pengangkutan Britain sudah maklum mengenai sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang kencing di dalam tren dan siasatan mengenai kejadian ini sedang berlangsung". - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

buang air kecil, tren, London Tube

Artikel Lain