suria

Katil di hospital hampir kapasiti maksimum, pesakit bukan Covid-19 dihantar ke hotel, rumah

Pengurus-pengurus hospital didakwa mahu mewujudkan 'kapasiti kecemasan tambahan'. gambar hiasan/ foto PA

RIBUAN pesakit di hospital di United Kingdom dilaporkan akan dihantar ke hotel atau rumah mereka bagi menampung katil untuk pesakit-pesakit Covid-19.

Menurut sumber kepada The Guardian, pengurus-pengurus hospital didakwa mahu mewujudkan 'kapasiti kecemasan tambahan'.

Ia mendakwa bahawa pesakit-pesakit di hotel-hotel akan menerima bantuan daripada badan sukarelawan, petugas perubatan tentera dan mana-mana petugas kesihatan yang ada.

Sebuah rangkaian hotel di London, United Kingdom menempatkan pesakit-pesakit dari sebuah hospital yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Diharapkan ia dapat menyediakan 5,000 katil untuk menempatkan pesakit.

Seorang jurucakap kepada rangkaian hotel itu berkata: "Kumpulan pesakit yang ingin ditampung pada tahap ini adalah mereka yang pulih atau sedang pulih dari Covid dan juga mereka yang sihat untuk discaj, dan dengan itu tidak memerlukan pengawasan perubatan pakar atau rawatan pakar, tetapi tidak dapat kembali ke rumah.

Dalam pada itu, turut dilaporkan bahawa rumah jagaan kebajikan mula menerima pesakit-pesakit Covid-19 dari beberapa hospital.

Bagaimanapun, mereka yang ditempatkan di rumah jagaan itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan tidak menunjukkan gejala baharu.

Ketika berita ini dilaporkan di Daily Star, ia telah menghubungi Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial bagi mendapatkan komen berhubung perkara tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain