suria

Kuasa makeover! Tukang gunting rambut ubah penampilan lelaki gelandangan hingga buat ramai terpegun

Hasil makeover terhadap seorang lelaki gelandangan sehingga dia kelihatan seperti dua individu yang berbeza. Foto: TikTok / @davidkodatofficial

BERUBAH 360 darjah!

Itulah yang boleh dikatakan apabila melihat hasil transformasi yang dilakukan oleh seorang tukang gunting rambut terhadap seorang lelaki gelandangan.

Proses transformasi itu ditunjukkan menerusi satu klip video TikTok @davidkodatofficial.

Pada awal klip video, lelaki gelandangan yang mempunyai rambut dan jambang yang kelihatan tidak terurus itu duduk di atas kerusi dan bersedia untuk didandan.

David Kodat, tukang gunting berbangsa Perancis yang mempunyai salun di Strasbourg, kemudian melakukan tugasnya menggunting dan mendandan rambut serta jambang lelaki berkenaan.

Hasil makeover tersebut membuatkan lelaki gelandangan itu kelihatan sangat berbeza berbanding sebelumnya.

Sebagaimana yang dijangka, klip video itu dibanjiri dengan pujian para netizen yang terpegun dengan sentuhan magis David. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

makeover, lelaki gelandangan

Artikel Lain