suria

Asyik menari, kumpulan ‘raver’ terkejut diserbu polis... mengaku tak tahu kewujudan Covid-19

Parti itu diadakan di sebuah kediaman di Guernsey Close, Basingstoke pada 16 Januari lalu. Foto: Getty.

SEKUMPULAN pengunjung sebuah parti mengaku tidak tahu akan kewujudan pandemik Covid-19 sewaktu mereka diserbu polis.

Menurut kumpulan ‘raver’ itu, mereka tidak pernah menonton berita mengenai wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarian K-Pop setiap hari sejak PKP, jejaka ini terkejut pengikut di TikTok lebih tenang... tak pernah kecam! - “Habis kerja, saya terus berlatih dua jam”

Menurut pasukan polis Hampshire Constabulary, mereka bagaikan hilang kata-kata dengan jawapan kumpulan berkenan yang tidak tahu mengenai Covid-19.

Parti itu diadakan di sebuah kediaman di Guernsey Close, Basingstoke pada 16 Januari lalu.

Ketika ini, pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir memaksa pihak berkuasa membuat kawalan ketat, termasuklah menghalang penganjuran parti.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut memberi nasihat kepada mereka mengenai situasi terkini.

Siasatan masih lagi dijalanlankan dan individu terlibat akan diberikan saman, kata pihak polis lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain