suria

Lelaki berak tepi jalan terkejut, terus lari selepas nampak polis sedang meronda

Kereta milik suspek juga sudah disita oleh pihak polis.

LAIN manusia lain ragamnya.

Di Lutterworth, England, seorang lelaki yang sedang membuang air besar di tepi jalan lari bertempiaran selepas melihat polis sedang meronda.

ARTIKEL BERKAITAN: Najis dalam gelongsor, lampin bayi bersepah selepas 2 minggu Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula... mentaliti kita kelas ketiga?

Hal itu didedahkan sendiri oleh pihak polis Lutterworth menerusi Twitter mereka.

"Pemandu kereta ini dilihat sedang membuang air besar di tepi jalan berdekatan Ullesthorpe.

"Apabila menyedari kehadiran polis, dia terus lari meninggalkan kenderaannya," ujar polis di Twitter.

Tambah kenyataan itu lagi, kereta milik suspek juga sudah disita.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Twitter mengakui terhibur dengan kes berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain