suria

Nampak muda tapi umurnya 62 tahun, nenek sertai pertandingan jadi model pakaian dalam

Selain menetap di Los Angeles, dia juga mempunyai rumah di Bali, Indonesia.

BENARLAH kata orang, usia hanyalah angka.

Siapa sangka, pada usia 62 tahun, wanita ini menyertai satu pertandingan yang memerlukan dia bergaya sebagai model pakaian dalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua!

Kata Leslie Carleton, ramai yang sering terkejut setiap kali dia mendedahkan usia sebenarnya.

"Saya tak pernah bayangkan akan kelihatan begini pada usia 60-an.

"Kebanyakan orang sangka saya masih 40-an, mereka terkejut apabila tahu saya sudah 62 tahun," katanya yang juga seorang penulis.

Selain menetap di Los Angeles, dia juga mempunyai rumah di Bali, Indonesia.

Dia mendapat cahaya mata pertama sewaktu berusia 17 tahun. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain