suria

Kejutan bawa padah, wanita bawa sarapan ke katil melecur disimbah air panas oleh suami sendiri

Mangsa berkata dia membawa sarapan ke katil sebagai kejutan, namun suaminya yang sedang tidur berang kerana dikejutkan.

SEORANG suami didakwa menyimbah air panas ke tubuh isterinya gara-gara berang dikejutkan untuk bangun bersarapan.

Aly Ay, 28, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas isterinya, Rukiye Ay, 23, pada 9 Januari lalu.

Wanita itu mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang tubuh sehingga dikejarkan ke sebuah hospital di Turki pada hari kejadian.

Sewaktu ditemui di hospital, Rukiye berkata dia membawa sarapan ke katil sebagai kejutan, namun suaminya yang sedang tidur berang kerana dikejutkan.

Selain itu, suaminya turut mengugut untuk menceraikannya, dakwa wanita itu lagi.

Selain tubuh wanita itu, air panas turut tumpah di atas kaki anak mereka yang masih kecil dalam kejadian itu.

Lelaki itu ditahan polis sebelum dibebaskan dengan jaminan, sekaligus mengundang kemaragan orang ramai. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain