suria

Kecoh! Lembu mengamuk terjah hospital, orang ramai bertempiaran lari

Imej daripada rakaman CCTV menunjukkan seekor lembu menerjah ruang menunggu Hospital San Rafael. Foto: Newsflash

SITUASI di sebuah hospital menjadi kecoh apabila seekor lembu terlepas dan berlari masuk ke dalam ruang menunggu, sehingga menyebabkan pesakit dan pelawat bertempiaran lari.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan haiwan berkenaan meluru masuk ke dalam ruang menunggu hospital berkenaan dan merempuh kerusi.

Pesakit dan pelawat yang panik segera lari untuk menyelamatkan diri namun namun haiwan berkenaan bertindak ganas dan melanggar mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada 13 Februari lalu di Hospital San Rafael di Colombia.

Akhbar tempatan, Vanguardia melaporkan tiada mangsa yang parah dalam 'serangan' berkenaan, namun seorang wanita yang dipijak haiwan tersebut hanya mengalami luka kecil.

Bagaimanapun 'serangan' itu menyebabkan kerusi dan dua motosikal di luar perkarangan hospital mengalami kerosakan.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa pemilik lembu berkenaan membuat permohonan maaf kepada pihak hospital dan pihak yang terlibat dalam insiden tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain