suria

Ahli arkeologi temui ukiran menyerupai kemaluan lelaki pada batu berusia 2,000 tahun

Batu itu dipercayai berusia 2,000 tahun.

SEKUMPULAN ahli arkeologi yang sedang menggali tanah untuk projek pembinaan jalan di Britain terkejut apabila menemui seketul batu purba.

Menurut kumpulan itu, batu berkenaan dipercayai berusia 2,000 tahun.

Namun, apa yang mengejutkan, terdapat ukiran berbentuk seperti kemaluan lelaki pada batu berkenaan.

Ia ditemui berhampiran Cambridgeshire, England, sewaktu mereka dalam proses menggali tanah, baru-baru ini.

Menurut Steve Sherlock, ketua arkeologi yang terlibat dalam projek itu, batu berkenaan sangat penting dan boleh menjadi bukti tambahan mengenai sejarah lampau.

Projek kumpulan itu bermula pada November 2016 dan berakhir pada Mac tahun lalu.

Batu dengan ukiran zakar itu merupakan salah satu daripada penemuan-penemuan lain yang direkodkan sebelum ini, juga ditemui di kawasan projek sama.

Malah, pakar turut dijemput untuk membuat penilaian ke atas penemuan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain