suria

Isteri mengamuk, tembak mati wanita sedang minum bersama suaminya

Seorang lagi rakan mereka, lelaki berusia 24 tahun turut cedera dan kini sedang menerima raawatan di hospital.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang isteri mengamuk dalam sebuah bar sebelum menembak seorang wanita yang sedang minum bersama suaminya.

Dayane Rafaelle da Silva Rodrigues, 31, ditahan pada 18 Februari lalu selepas menembak rakan suaminya itu.

Sewaktu kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Djaiane Batista Barros, 26, sedang berborak dengan suami suspek bersama beberapa rakan yang lain.

Tidak lama kemudian, Rodrigues muncul sambil membawa senjata api sebelum menembak mangsa.

Wanita itu mengalami kecederan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi rakan mereka, lelaki berusia 24 tahun turut cedera dan kini sedang menerima raawatan di hospital.

Suspek kini berada dalam tahanan polis. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain