suria

Tak sempat disembelih, penyeludup bawa 61 ekor anjing dalam sangkar sempit berjaya ditahan

Dalam serbuan di Kemboja pada Isnin, pemandu lori yang membawa anjing-anjing itu berjaya ditahan.

FOTO memaparkan 61 ekor anjing berhimpit dalam sebuah sangkar ternyata mengundang kemarahan ramai.

Difahamkan, anjing-anjing itu ditangkap untuk disembelih dan dijual dagingnya.

Malah, mereka juga sudah beberapa hari tidak diberi makan.

Menerusi serbuan di Kemboja pada Isnin, pemandu lori yang membawa anjing-anjing itu berjaya ditahan.

Malah, kesemua haiwan itu juga berjaya diselamatkan.

Menurut veterinar, Dr Katherine Polak, haiwan itu ditemui dalam keadaan lapar kerana sudah beberapa hari tidak diberi makanan.

"Kami sekarang sedang menyediakan premis untuk menjaga mereka sebelum dihantar ke rumah baharu.

"Kami harap penahanan pemandu itu memberi mesej jelas kepada penyeludup di Kemboja bahawa isu penjualan daging anjing tidak dipandang enteng," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain