suria

Malas bekerja, petugas kilang tayar kantoi rancang penculikan diri sendiri... berlakon sedang menangis di tepi jalan

Brandon Soules akhirnya ditahan polis dan turut diberhentikan kerja.

SEORANG pekerja kilang tayar ditemui dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan kain pada 17 Februari lalu.

Brandon Soules juga dilihat sedang menangis ketika dia ditemui di tepi jalan di Coolidge, Arizona.

Menurut lelaki itu, dia mendakwa diculik oleh dua individu sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

Hasil siasatan polis dan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) pula membawa kepada penemuan yang berbeza.

Setelah didesak, lelaki itu mengaku merancang penculikan dirinya kerana enggan pergi bekerja pada hari itu.

Dia kemudiannya ditahan kerana membuat laporan palsu.

Dalam perkembangan terbaharu, dia juga sudah dibuang kerja. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain