SEORANG lelaki terkejut apabila mendapati dirinya merupakan pemilik kepada sebuah kolam renang yang besar. Penemuan yang menggemparkan itu susulan hujan lebat yang mendedahkan kolam renang itu 'tersembunyi' di sebalik halaman belakang rumahnya. John Reynolds pada mulanya mengubah suai sebuah rumah tiga bilik dengan hanya £15,000 (RM86,202), sebelum menjualnya bagi mendapatkan keuntungan. Tiga bulan melakukan pengubahsuaian, John menerima daripada seorang jiran bertanyakan sama ada dia menyedari sesuatu telah berlaku pada kolam renangnya akibat cuaca buruk. "Saya kata saya tahu apa yang anda katakan. Saya tak ada kolam renang. "Dia kata ya, saya ada," kata John. Jururawat berusia 35 tahun itu tidak terkata apabila hujan lebat telah menyebabkan aliran tanah di rumahnya, sekali gus membongkarkan sebuah kolam renang yang besar. Susulan penemuan itu, Jogn memutuskan untuk tidak menjual rumahnya di Texas. John membaiki kolam renang itu, selepas mengalihkan perabot lama, tempat letak kereta dan serpihan-serpihan lain. Rumahnya itu kini dikatakan berharga £165,000 (RM948,204). - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!