suria

“Kami bukan keluarga rasis” - Putera William buka mulut jawab dakwaan Meghan, Harry

(Dari kiri) Meghan, Harry, William dan Kate dalam satu acara pada 2018. Foto: Tolga AKMEN/ AFP

SELEPAS pendedahan mengejutkan Duchess of Sussex, Meghan Markle dalam temubual bersama Oprah Winfrey minggu lalu, Putera William akhirnya tampil membuka mulut.

Duke of Cambridge itu berkata keluarga diraja Britain tidak bersikap rasis, merujuk kepada dakwaan Meghan yang mengatakan terdapat ahli keluarga yang bersikap sedemikian lantaran melahirkan kebimbangan dengan warna kulit anaknya, Archie.

Dalam lawatannya ke sebuah sekolah di timur London, William berkata dia belum bercakap dengan adiknya, Putera Harry sejak wawancara itu disiarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak persoalan belum dijawab... Meghan bongkar hasrat bunuh diri, dakwa keluarga diraja rasis, ada pihak buat dirinya menangis

"Saya belum bercakap dengannya tetapi saya akan melakukannya," kata William.

Ditanya oleh seorang wartawan apakah keluarga diraja itu rasis, William, 38, berkata: "Kami bukan keluarga rasis."

Terdahulu dalam temubual yang berlangsung selama dua jam itu, Meghan membuat pelbagai dakwaan mengejutkan sejak tiga tahun perkahwinannya dengan Harry.

Antaranya, Meghan mededahkan betapa dia tidak mendapat sokongan yang sepatutnya selepas mengahwini Harry, pernah mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, kenyataan rasis mengenai warna kulit anaknya dan hubungannya dengan Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton.

Namun Meghan mahupun Harry tidak mendedahkan nama ahli keluarga yang membuat kenyataan rasis itu.

Terdahulu, tidak lama selepas wawancara itu disiarkan, Ratu Elizabeth mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai maklum balas.

"Seluruh keluarga bersedih apabila mengetahui kesukaran dialami dalam beberapa tahun lalu oleh Harry dan Meghan.

"Isu dibangkitkan, terutamanya mengenai perkauman, perlu diberi perhatian. Biarpun ada perkara yang diberitahu mungkin berbeza, tetapi ia akan diambil serius dan ditangani oleh keluarga secara peribadi.

"Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga," demikian kenyataan tersebut. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain