suria

Kejam! Enggan dihantar ke wad psikiatri, wanita tergamak penggal kepala ibu kandung

Jessica yang menghidap masalah mental memenggal kepala ibunya (gambar kecil) kerana enggan dihantar mendapatkan rawatan psikiatri. Foto: Instagram

SEORANG wanita bertindak kejam apabila memenggal kepala ibu kandungnya sendiri gara-gara tidak mahu dihantar ke wad psikiatri.

Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di kediaman mereka di Sydney, Australia, Jessica Camilleri sebelum itu menikam ibunya, Rita Camilleri lebih daripada 100 kali.

Tidak cukup dengan menikam dan memenggal kepala, Jessica turut memotong lidah, hidung dan mencungkil bola mata ibunya.

Dalam keadaan berlumuran darah, Jessica menghubungi polis dan mendakwa ibunya cuba menikamnya, sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Ahli psikiatri forensik mengatakan serangan tersebut disebabkan oleh kekurangan upaya intelektual dan gangguan spektrum autisme.

Ketika perbicaraan, mahkamah turut diberitahu bahawa wanita itu ketagih menonton filem seram selain memiliki lapan siri filem The Texas Chainsaw Massacre dan lima siri filem Jeepers Creepers.

Jessica memberitahu polis bahawa dia mendapat idea untuk memenggal ibunya daripada filem yang ditonton.

Dia kini dijatuhkan hukuman penjara selama 21 tahun dan tujuh bulan atas tuduhan membunuh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain