SEORANG pemuda yang membeli basikal untuk menurunkan berat badan 'menangis' apabila dia diberitahu oleh pengurus kedai bahawa dia terlalu gemuk untuk menunggangnya. Sebastien Barsetti yang berusia 21 menghabiskan berbulan-bulan untuk menabung sebelum memilih sebuah basikal untuk dibeli dari laman web dan membayarnya secara dalam talian. Selepas membuat panggilan kepada kedai berdekatan dengan rumahnya di Halifax, Nova Scotia, di Kanada, dia bagaimanapun dimaklumkan bahawa basikal yang telah dibayarnya tidak boleh diambil. Barry Misener, pemilik cawangan kedai tersebut berkata, dia enggan menyerahkan basikal itu atas faktor keselamatan. "Saya memberitahunya maksium berat penunggang ialah 300 pound (136 kilogram). "Saya berkata, 'anda tidak boleh menunggang basikal dengan selamat'," jelas Misener. Sementara itu, Barsetti berkata: "Sejujurnya, saya menghabiskan waktu petang bersendirian dan menangis kerana saya benar-benar kesal mengenainya. "Dan ini benar-benar mempengaruhi harga diri saya," kata Barsetti kepada Global News Canada. Akhirnya, Barsetti menerima bayaran balik. Dalam pada itu, penyelia pemasaran dengan syarikat itu, Steve Devantier berkata, Misener telah membuat keputusan yang tepat. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!