suria

Penganggur lulusan Oxford berusia 41 tahun saman mak ayah, tuntut nafkah seumur hidup

Siddiqui memfailkan tindakan undang-undang ke atas ibu bapanya. foto twitter/The Sun

SEORANG penganggur lulusan universiti berusia 41 tahun, mengheret ibu bapanya ke mahkamah dalam usaha untuk memaksa mereka membayar sokongan kewangannya seumur hidup, dakwa laporan.

Siddiqui yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Oxford merupakan peguam terlatih, malah pernah berkhidmat di beberapa firma guaman.

Peguam itu bagaimanapun menganggur sejak 2011 dan pada masa ini menuntut ibu bapanya yang menetap di Dubai untuk menanggungnya dari segi kewangan seumur hidup.

Ibu bapa Siddiqui telah membiarkannya tinggal secara percuma di sebuah flat yang dimiliki mereka bernilai £1 juta (rm5.73 juta) berhampiran Hyde Park di London selama 20 tahun.

Bukan sekadar itu, ibu bapanya juga telah memberikannya lebih £400 (RM2,291) seminggu untuk membantunya membayar segala bil.

Bagaimanapun, ibu bapanya kini ingin memotong sokongan kewangan terhadapnya setelah berlaku perselisihan dalam keluarga.

Tidak mahu mengambil ringan, Siddiqui membuat ke atas ibu bapanya dengan alasan bahawa dia berhak mendapat bantuan nafkah seumur hidup.

Kes dengan memfailkan tindakan undang-undang terhadap ibu bapanya telah digugurkan oleh hakim mahkamah keluarga tahun lalu, dan ia kini akan didengar di Mahkamah Rayuan. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan