suria

Punyai tabiat pelik, warga emas makan batu setiap hari sejak 32 tahun lalu

Video Ramdas Bodke memakan batu tular sejak beberapa hari lalu.

SERINGKALI kita terbaca mengenai tabiat makan benda-benda pelik oleh sesetengah individu di dunia ini.

Begitu juga halnya dengan warga emas ini yang menarik perhatian netizen kerana tabiat peliknya yang gemar memakan batu.

Ramdas Bodke, 78, dari Maharashtra, India mempunyai tabiat itu sejak 32 tahun lalu.

Warga emas itu akan memakan 250 gram batu setiap hari.

Menurut Bodke, dia mula memakan batu selepas mengalami sakit perut dalam tempoh yang lama.

Meskipun sudah menemui doktor dan mengambil ubat, sakitnya itu tetap tidak hilang.

Disebabkan tidak tahan lagi untuk menanggung sakit, Bodke meminta petua daripada seorang wanita tua di kampung dan dia mengesyorkannya makan batu.

Sejak mengamalkan petua tersebut, Bodke mengakui sakit perutnya hilang dan bermula dari saat itu Bodke menjadikan batu sebagai makanan hariannya.

Sudah sebati dengan tabiat aneh itu, Ramdas dikatakan terpaksa memakan batu sembunyi-sembunyi daripada pengetahuan keluarganya yang melarangnya berbuat demikian.

Sementara itu, seorang doktor mengesyaki Bodke mengalami masalah mental. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain