SEORANG isteri bertindak menggigit zakar suaminya kerana berang selepas mendapati suaminya itu bermalam di rumah wanita lain. Asifa Nakagolo, 38, didakwa menggigit zakar suaminya setelah suaminya pulang dari keluar malam di Kabupaten Bugweri, Uganda pada 17 Mac. Wanita hamil itu dilaporkan marah kerana suaminya, Bashir Mukaire tidak pulang ke rumah dan menyerangnya sebaik kembali ke rumah. Dia dilaporkan percaya Bashir telah menipunya dengan bersama isteri kedua yang sedang hamil. Mukaire, bapa kepada sembilan anak itu kini bertarung nyawa, di mana menurut polis, kemaluannya 'mati' sebelum dapat dipasang kembali. Dilaporkan, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai mengalami 'koyakan besar' di bahagian kemaluan selepas Nakagolo menyerangnya. "Isteri kedua saya sedang hamil, sebab itu kah saya tidur di sana dan kembali ke rumah Nakagolo keesokkan pagi. "Sebaik melihat saya, dia terus menyerang saya dan menggigit kemaluan saya," katanya. Mukaire segera dikejarkan ke hospital selepas serangan itu dan masih menerima rawatan. Seorang doktor, Suna yang merawat Mukaire berkata, lelaki itu tidak akan dapat melakukan hubungan intim sepanjang hayatnya. Doktor itu turut memberitahu Mukaire terpaksa membuang air kecil menggunakan tiub seumur hidup akibat kecederaan yang dialaminya. Jurucakap Polis Busoga East berkata, isteri mangsa melarikan diri selepas kejadian itu, dan mereka sedang menjejaki suspek. - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!