suria

Teruja lihat sotong kurita cantik, wanita tak sedar terpegang haiwan laut paling beracun di dunia

Kaylin memegang sotong kurita yang ditemuinya dan sempat merakamkan video. Foto: TikTok/kaylinmarie21

SEORANG wanita tidak menyedari dirinya 'menempah maut' apabila dia dengan beraninya memegang seekor haiwan laut ketika bercuti di Bali.

Kaylin Phillips dari Carolina Utara, ternampak seekor sotong kurita berwarna coklat dan biru terang ketika bersiar-siar di pantai.

Dia lantas memegang haiwan tersebut dan meletakkannya di tapak tangan serta sempat mengambil video.

Tanpa dia ketahui, haiwan tersebut adalah sotong kurita gelang biru, di mana ia merupakan hidupan laut yang paling beracun di dunia.

Racunnya mengandungi 'tetrodotoxin', sejenis racun yang menyerang sistem saraf yang menyebabkan buta, loya, kerosakan sistem pernafasan, kelumpuhan dan boleh menyebabkan kematian.

Racun tersebut cukup kuat untuk membunuh 26 orang dewasa dalam beberapa minit.

Kaylin hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas membuat carian di internet.

Berkongsi video di TikTok, dia menulis: "Pergi ke Bali dan tanpa sedar memegang salah satu haiwan yang paling berbahaya"

Dia turut menyelitkan informasi mengenai haiwan berkenaan.

Di hujung klip video, Kaylin turut meluahkan rasa syukur kerana terhindar daripada bahaya yang boleh menyebabkan nyawanya melayang. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain