SEORANG suami buntu dengan tindakan isterinya yang mahu menamakan bayi mereka sempena nama bekas teman lelakinya. Menulis di laman Reddit, lelaki itu berkata dia dan pasangannya sudah berkahwin selama dua tahun. "Sebelum kami bersama, isteri saya berpacaran dengan seorang lelaki selama beberapa tahun. "Mereka hampir tinggal bersama namun tidak lama kemudian berpisah. Saya bertemu dengannya (isteri) beberapa bulan selepas itu. "Mereka berkongsi lingkungan rakan yang sama dan sentiasa berhubung antara satu sama lain," tulisnya. Namun menurut lelaki tersebut, bekas kekasih isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Disebabkan itu isterinya mahu mengabadikan nama bekas kekasihnya kepada bayi lelaki mereka yang bakal lahir kelak. Pengguna Reddit memberikan pelbagai reaksi terhadap masalah lelaki berkenaan namun rata-ratanya beranggapan tindakan isterinya adalah sangat tidak wajar. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!