suria

Hamil pada usia 13 tahun, gadis ini teruk dikecam... netizen doa agar mati ketika bersalin

Dia turut menjadi YouTuber selepas kelahiran anaknya dan kini mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di platform itu.

SEORANG gadis dikenali sebagai Maddie Lambert berkongsi kisah ketika dia hamil pada usia 13 tahun.

Maddie, 17, yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) mengakui dia menjadi bualan ramai selepas disahkan sedang hamil pada usia cukup muda.

Lebih parah, dia turut menjadi mangsa buli siber dan menerima kecaman di media sosial.

Imbas Maddie Lambert, dia turut menerima mesej yang mendoakan agar dia meninggal dunia ketika bersalin kelak.

Malah, ada netizen turut berkongsi pautan laman web klinik untuk dia pergi menggugurkan kandungan.

"Pada waktu itu, saya sangat takut dengan reaksi yang bakal diterima. Saya terima banyak mesej kebencian.

"Perkara negatif itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi ibu yang baik," ujarnya.

Kata Maddie, kehadiran anaknya dianggap sebagai satu penyelamat dalam hidupnya.

Malah, dia turut menjadi YouTuber selepas kelahiran anaknya dan kini mempunyai lebih 1.5 juta pengikut di platform itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain