suria

Remaja mangsa rogol diikat, diarak bersama suspek keliling kampung

Remaja perempuan dan suspek rogol diikat dan diarak mengelilingi kampung. foto Facebook/ PunjabKesari

SEORANG remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol didakwa diarak mengelilingi sebuah kampung di India.

Menerusi satu rakaman yang mengejutkan, seorang remaja berusia 16 tahun dapat dilihat diikat di bahagian pinggang bersama suspek rogol.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bersorak melaungkan slogan dan memukul mangsa di Alirajpur di negeri Madhya Pradesh.

Menurut laporan media tempatan, keluarga remaja perempuan itu merupakan antara yang dipaksa untuk berjalan bersama suspek, yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Rakaman itu menunjukkan remaja perempuan itu duduk di tanah, dengan kedua-dua tangannya di kepala, manakala suspek rogol duduk bersebelahan dengannya.

Kedua-duanya yang diikat, dikelilingi oleh orang ramai, dengan seorang lelaki dilihat memukul kepala suspek.

Susulan kejadian itu, polis menahan enam individu, termasuk suspek selepas video tersebut tular dan membangkitkan kemarahan ramai.

Polis yang tiba di lokasi kejadian turut melepaskan remaja perempuan berkenaan.

Pegawai polis, Dilip Singh Bilwal berkata: "Salah satu kes telah dibuka siasatan terhadap lelaki berusia 21 tahun yang didakwa merogol.

"Satu lagi laporan telah dibuka membabitkan ahli keluarga gadis itu dan penduduk kampung kerana membawa mangsa berarak di kampung dan memukulnya," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain