suria

Bintang TikTok Rochelle Hager maut kereta dihempap pokok

Rochelle Hager meninggal dunia pada usia 31 tahun. foto Mirror

BINTANG TikTok, Rochelle Hager maut pada usia 31 tahun, akibat kemalangan jalan raya.

Rochelle, yang dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan nama pengguna @roeurboat3 maut selepas sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya.

Menerusi satu kenyataan media yang diperoleh oleh E! News, Ketua Polis Farmington, Kenneth Charles melaporkan bahawa angin kencang menyebabkan pokok tersebut tumbang sebelum menghempap kereta Nissan Rogue 2015 yang sedang dipandu Rochelle.

Bercakap kepada media Press Herald, Kenneth berkata: "Mangsa tidak dapat mengelak daripada kejadian itu."

Pihak berkuasa menyifatkan insiden tersebut sebagai tragik, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rochelle mempunyai 123,000 pengikut di TikTok dan meraih lebih 1.2 juta tanda suka menerusi kandungan yang dimuat naiknya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan