suria

28 tahun penuh pahit manis, nenek akhirnya ambil keputusan potong kuku panjang

Kali terakhir Ayanna memotong kuku adalah pada tahun 90an.

MEMILIKI kuku yang panjang adalah perkara yang biasa dalam kalangan wanita.

Namun, pemilik kuku terpanjang di dunia dikenali sebagai Ayanna Williams akhirnya mengambil keputusan untuk memotong kukunya selepas 28 tahun.

Warga emas yang berasal dari Amerika Syarikat itu sebelum ini dinobatkan sebagai pemilik kuku terpanjang dalam Rekod Dunia Guinness

Malah dia menyifatkan rekod itu sebagai satu detik yang beremosi dan penuh pahit manis buat dirinya.

Untuk rekod, dia pernah memecahkan rekodnya sendiri dengan memiliki kuku sepanjang 733.55cm sejak menyimpan kukunya itu pada tahun 2017

Dalam pada itu Ayanna turut meluahkan hasrat untuk menyimpan semula kuku panjang pada masa akan datang. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain