PIHAK berkuasa menemui seorang kanak-kanak lelaki sedang merayau di kawasan sempadan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.
Ketika dihampiri pegawai sempadan AS, dia kelihatan seolah-olah mahu meminta pertolongan.
Selepas disoal, dia mendedahkan kisah sedih diabaikan kumpulan yang disertainya dan mengakui risau sekiranya menjadi mangsa culik.
"Sesiapa sahaja boleh culik saya. Saya takut," kata kanak-kanak itu menerusi video yang turut dikongsi menerusi Facebook.
Tambahnya lagi, dia sebelum itu datang dengan sekumpulan individu, namun dibiarkan sendirian tanpa hala tuju.
Tambah kanak-kanak itu, ibu bapanya bagaimanapun tidak menyertai kumpulan itu yang dipercayai bergerak untuk memasuki sempadan AS.
"Kumpulan itu akhirnya biarkan saya sendiri. Saya di sini untuk minta tolong," ujarnya lagi. - Mirror.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!