PUTERA Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II, meninggal pada usia 99 tahun, pagi tadi (waktu tempatan). Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham dalam satu kenyataan rasmi. "Dengan rasa dukacita yang mendalam, Ratu telah mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Putera Philip, Duke of Edinburgh," demikian kenyataan tersebut. Ia menambah, Putera Philip menghembuskan nafas terakhir di Istana Windsor. Putera itu berkahwin dengan Puteri Elizabeth pada 1947, lima tahun sebelum ditabalkan menjadi Ratu, dan merupakan permaisuri kerajaan paling lama berkhidmat dalam sejarah Inggeris. Pada Mac, Duke of Edinburgh itu dibenarkan keluar hospital setelah mendapatkan mendapatkan rawatan jantung selama sebulan. Putera Philip dan Ratu Elizabeth II mempunyai empat orang anak, lapan cucu dan 10 cicit. Anak lelaki pertama mereka, Putera Wales iaitu Putera Charles, dilahirkan pada tahun 1948, diikuti Puteri Anne, Putera Andrew dan Putera Edward. Putera Philip dari Greece dilahirkan di Corfu pada 10 Jun 1921. - BBC Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!