suria

Putera Philip setia pakai kasut kahwin selama 74 tahun

Putera Philip dikatakan memakai kasut kahwinnya selama 74 tahun. foto PA

MENDIANG Putera Philip dilaporkan memakai kasut perkahwinannya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Duke of Edinburgh mengahwini Ratu Elizabeth II 74 tahun lalu, pada 20 November 1947.

Menurut laporan Mail Online, baginda memakai kasut kulit hitam yang sama yang dipakai hari itu ke acara rasmi, selama lebih tujuh dekad.

Perkahwinan selama lebih 70 tahun baginda turut kekal bersama kasut itu, dan ia didedahkan oleh presiden Gabungan Industri Britain, Lord Karan Bilimoria.

"Baginda pernah memberitahu saya bahawa baginda memakai kasut itu sejak berkahwin," katanya.

"Kami duduk bersebelahan dan mengikat tali kasut ketika baginda beritahu saya bahawa itu adalah kasut yang sama dari hari perkahwinannya. Itu luar biasa."

Penghormatan yang menyentuh emosi itu didedahkan sehari sebelum pengebumian Putera Philip.

Upacara pengebumian akan berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor di barat London, United Kingdom pada Sabtu, 17 April.

Upacara dijadualkan bermula pukul 3 petang waktu tempatan, yang akan disiarkan secara langsung. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain