suria

Derita si tukang kebun, tercucuk paku dalam mata ketika bekerja

Keadaan mata lelaki itu yang tercucuk dengan paku.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai nasib yang menimpa seorang tukang kebun berusia 58 tahun ini.

Menurut laporan, mata lelaki dari Itali itu tercucuk paku ketika dia sedang bekerja di sebuah kebun.

Sejurus kejadian, dia dikejarkan ke sebuah hospital di Verona dan paku itu berjaya dikeluarkan oleh petugas perubatan.

Selain itu, luka turut dibersihkan untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.

Kisah mengenai lelaki itu diterbitkan menerusi Jurnal Kes Pembedahan Antarabangsa pada bulan lepas. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain