suria

Guru mabuk dibuang kerja, tergamak bawa murid ke kelab bogel ketika lawatan sekolah

Richard Glenn dibuang kerja pada Ogos 2019.

TINDAKAN seorang guru membawa muridnya ke sebuah kelab bogel membawa padah apabila dia akhirnya dibuang kerja.

Richard Glenn dibuang kerja pada Ogos 2019 dan difahamkan kejadian itu berlaku pada Julai tahun sama.

Guru berusia 55 tahun yang mengajar subjek Sains Komputer itu melakukan kesalahan berkenaan ketika dia dan murid-muridnya menyertai satu lawatan sekolah.

Lawatan itu melibatkan sekumpulan murid berusia 16 ke 18 tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketika kejadian, guru itu juga berada dalam keadaan mabuk.

Malah, dia juga bertindak agresif terhadap anak muridnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain