ANGKA korban rakyat Palestin terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 35 orang, selepas Israel berterusan melakukan serangan udara.
Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin, termasuk 10 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sejak Isnin.
Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan melancarkan roket ke Tel Aviv.
ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan kanak-kanak antara 20 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara tentera Israel
Sekurang-kurangnya tiga warga Israel turut terbunuh.
Tembakan roket itu dibuat setelah Hamas yang memerintah Gaza, mengeluarkan ultimatum menuntut Israel menghentikan gerakan pasukan keselamatannya dari perkarangan Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis (Jerusalem), selepas beberapa hari melancarkan serangan ganas terhadap rakyat Palestin.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Polis Israel menyerbu perkarangan masjid itu pada Isnin untuk hari ketiga berturut-turut, melepaskan tembakan peluru getah, melemparkan bom tangan dan menyembur gas pemedih mata kepada jemaah Palestin di masjid menjelang hari-hari terakhir Ramadan.
Lebih 700 rakyat Palestin cedera di Baitulmaqdis (Jerusalem) dan Tebing Barat sejak beberapa hari lalu. - aljazeera
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!