SEORANG pemuda Iran didakwa dipenggal oleh ahli keluarga sendiri selepas mengetahui dirinya gay. Alireza, 20, didakwa dibunuh oleh abang dan dua sepupu lelakinya setelah mereka mengetahui mengenai seksualitinya. Tragisnya, pemuda itu merancang untuk meninggalkan Iran dan tinggal bersama pasangannya, Aghil Abyat, di Turki tetapi dia dibunuh beberapa hari sebelum terbang ke sana. Alireza telah memohon untuk dikecualikan daripada perkhidmatan wajib tentera dengan mendedahkan seksualitinya. Malangnya dia tiada ketika kad permohonan pengecualian perkhidmatan tentera itu dihantar ke rumahnya, dan abangnya kemudian mendapat tahu mengenai perkara itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Lewat petang Selasa, abang Alireza memberitahu mereka perlu pulang ke kampung di Borumi untuk menemui ayah mereka. Alireza, tanpa menyedari bahawa abangnya telah mengetahui seksualitinya, masuk ke dalam kereta. Bagaimanapun setelah tiba, lelaki itu memenggal kepala adiknya dengan bantuan dua sepupu lelaki mereka. - Metro.co.uk Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!