SEORANG ibu terkejut selepas polis tiba di depan pintu rumahnya kerana menyangka berlaku pembunuhan. Cara Louise telah mengalihkan mayat palsu diperbuat daripada plastik sampah yang digunakan untuk hiasan parti Halloween anaknya pada November lepas. Namun disebabkan terkejar-kejar untuk mengambil anak sulungnya dari sekolah, Cara terlupa untuk mengalihkan mayat olok-olok tersebut. Dia terkejut apabila tiba sahaja di rumah, 10 anggota polis berada di situ selepas menerima panggilan daripada tiga orang yang kononnya ternampak bungkusan mayat. "Saya nampak ada dua buah kereta polis bergerak dari kawasan luar rumah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Keluar sahaja dari kereta, saya pun bertanya kepada jiran yang berada di situ, 'apa yang telah kamu lakukan?'. "Kemudian dia memberitahu saya yang polis berada di situ kerana tiga orang telah melaporkan tentang 'mayat' tersebut," katanya. Cara terpaksa menjelaskan kepada pihak polis yang dia tidak membunuh sesiapa dan itu hanyalah perhiasan semata-mata. Walau bagaimanapun dia disuruh untuk membuang perhiasan tersebut tetapi wanita itu mahu menyimpannya untuk Halloween yang akan datang. -Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!