suria

Angka korban rakyat Palestin terus meningkat, 119 maut termasuk 31 kanak-kanak

Mayat seorang kanak-kanak rakyat Palestin dibawa keluar dari runtuhan sebuah rumah yang musnah dalam serangan udara Israel. foto AP

KIRA-kira 119 warga Palestin termasuk 31 kanak-kanak terbunuh dan 830 cedera sejak serangan dilakukan pada Isnin.

Ratusan keluarga Palestin berlindung di sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza untuk melepaskan diri dari tembakan artileri Israel.

Banyak keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka disebabkan artileri Israel dan peluru tangki yang ditembak ke Gaza pada petang Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rakyat Palestin menyambut hari pertama Aidilfitri dengan keadaan pengeboman udara tanpa henti.

Sekurang-kurangnya tujuh warga Israel dan seorang warganegara India juga terbunuh. - aljazeera

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain