MAJLIS perkahwinan sepatutnya menjadi saat menggembirakan buat semua yang terlibat, tetapi kadang-kadang ia tidak berjalan seperti yang dirancang terutama disebabkan bajet. Seorang pengguna laman sosial Reddit berkongi pengalaman apabila dia dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di lokasi yang mewah dan cantik. Dia kemudian menyedari tuan rumah terpaksa mengikat bajet bagi menjimatkan kos. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Wanita itu terkejut apabila mendapati dia dan sembilan tetamu lain ditugaskan untuk mencuci kesemua pinggan kotor selepas pasangan pengantin gagal mengupah pekerja untuk melakukan tugas itu. "Pengantin lelaki dan pengantin perempuan banyak menggunakan wang mereka untuk lokasi majlis dan gaun pengantin, jadi mereka memutuskan untuk cari tukang cuci sendiri," katanya. Keadaan bertambah buruk apabila pasangan berkenaan juga gagal menyediakan makanan yang mencukupi untuk kesemua tetamu. Bagaimanapun, pasangan pengantin itu dikatakan berpisah tiga tahun kemudian. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!