SEORANG wanita yang sering mengadu hidungnya sakit mendapati terdapat kepingan plastik permainan tersekat dalam hidungnya selama 37 tahun. Mary McCarthy kemudian teringat dia pernah melekatkan kepingan permainan itu di dalam hidungnya sewaktu kecil, pada 1984. Dia menyedut sekeping plastik kuning, namun kemudian takut untuk memberitahu ibunya. Wanita warga New Zealand berusia 45 tahun itu berkata, dia bimbang apabila lubang hidungnya 'selalu berair' dan keadaan bertambah buruk. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kesakitan yang dialaminya bertambah teruk apabila menjalani ujian saringan Covid-19, sebelum dia mendapat bantuan perubatan. Dia menjalani pembedahan dan pakar bedah terkejut apabila mengeluarkan sekeping plastik permainan yang tersekat dalam hidungnya sejak dia berusia lapan tahun. Selepas pembedahan tersebut, Mary kini menjalani kehidupan lebih baik dengan pernafasan yang lebih selesa. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!