suria

Luar biasa! Nenek berusia 82 tahun dua kali sertai perlumbaan Tough Mudder

Mildred mengagumkan ramai apabila berjaya dalam dua perlumbaan Tough Mudder pada usia 82 tahun.

TENAGA luar biasa!

Seorang nenek berusia 82 tahun mengagumkan ramai apabila berjaya dalam dua perlumbaan Tough Mudder.

Malah Mildred Wilson berharap berpeluang untuk menyertai perlumbaan yang sama untuk kali ketiga, tahun hadapan.

Tough Mudder adalah perlumbaan ketahanan yang dipenuhi dengan rintangan seperti mandian ais, mandi lumpur sejauh satu batu dan sebagainya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mildred, dari Missouri, Amerika Syarikat, berkata:"Anak saya bertanya jika saya mahu menyertainya, dan saya katakan, sudah pasti!"

Setelah mendapat pengesahan kesihatan dari doktornya, Mildred memulakan latihan pada tahun 2019, dan berjaya menamatkan perlumbaan tersebut sejurus selepas ulang tahunnya yang ke-80.

Mildred berjaya menamatkan perlumbaan keduanya dalam tempoh tiga jam pada perlumbaan baru-baru ini dengan ditemani anaknya, Danny yang berusia 47 tahun. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain