SEORANG ibu berkongsi detik menyeramkan apabila mendakwa diekori oleh 'hantu bayi' susulan terlihat kesan tapak tangan kecil muncul secara tiba-tiba di wad anak perempuannya. Mary, dari Arizona, Amerika Syarikat, membawa anak perempuannya mendapatkan rawatan di wad pediatrik sebuah hospital beberapa minggu yang lalu. Ketika ditempatkan di sebuah bilik di wad berkenaan, dia melihat dua kesan tapak tangan kecil muncul di dinding bilik berkenaan. "Kami sedang duduk sebelum terperasan kesan tapak tangan bayi di dinding. "Ia muncul secara tiba-tiba. Sebelum ini kesan itu tiada. Kami kemudian segera berpindah bilik," tulisnya menerusi satu video TikTok. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ketika Mary meminta untuk menukar ke bilik lain, doktor memberitahu bahawa kejadian yang dialaminya 'bukan kali pertama'. Selepas mendapat bilik baru, wanita itu sekali lagi terkejut apabila terperasan kesan krayon berwarna biru muncul di pintu. Dia kemudian sekali lagi meminta untuk menukar ke bilik lain. - Dailystar Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!