SEBUAH pub terpaksa menolak masuk hampir 50 pelanggan, gara-gara seorang individu telah menempah tujuh meja menggunakan butiran palsu, dan tidak munculkan diri. Menerusi satu posting di Facebook, pihak pengurusan di Black Ladd berkata, mereka menjadi mangsa dalam cubaan untuk merugikan bisnes mereka. Tindakan berniat jahat itu dianggap disengajakan dan perbuatan terkutuk. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pub di Oldham, Greater Manchester di United Kingdom itu berkata, tempahan meja yang dibuat pada Selasa didapati menggunakan maklumat peribadi dan butiran untuk dihubungi palsu. "Pihak pengurusan dan kakitangan mahu mengucapkan terima kasih kepada individu atau berkumpulan yang menggunakan servis tempahan online kami bagi menempah meja menggunakan maklumat palsu, menyebabkan 42 kerusi di restoran kami terbazir," menurut seorang kakitangan secara menyindir. Keadaan bertambah buruk apabila pub tersebut ditutup keesokkan hari apabila seorang pekerja disahkan positif Covid-19. Premis berkenaan akan beroperasi semula pada 7 Julai. - Metro UK Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!