SEKURANG-kurangnya 29 terbunuh dalam nahas pesawat tentera di selatan Filipina, pada Ahad. Dilaporkan sekurang-kurangnya 50 mangsa cedera dan berjaya dikeluarkan dari pesawat yang terbakar. Pesawat pengangkut tentera itu membawa 92 orang, dengan kebanyakannya adalah anggota tentera, apabila tersasar dari landasan ketika cuba mendarat di Pulau Jolo. Kepulan asap tebal di lokasi kejadian. foto Reuters Mangsa yang cedera dibawa ke hospital tentera berhampiran. Kepulan asap tebal dapat dilihat dari lokasi kejadian yang membabitkan pesawat C130 Hercules. Pesawat itu terhempas beberapa kilometer dari bandar Jolo, ketika membawa pasukan tentera dari Cagayan de Oro, di Mindanao. - The Guardian Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!