suria

Ular sawa gergasi sepanjang 12 kaki terlepas... pusat beli belah terpaksa ditutup

Walaupun besar dan panjang, Cara merupakan ular sawa yang tidak berbisa dan dijadikan dalam sesi pertunjukan.

SEEKOR ular sawa bernama Cara sepanjang 12 kaki terlepas daripada kawasannya di Blue Zoo Aquarium yang berada di dalam Mall of Louisiana di Baton Rouge, Selasa lepas.

Jabatan Bomba St George menerima panggilan aduan kecemasan sekitar pukul 10.20 pagi bagi mendapatkan bantuan dalam misi mencari ular berwarna kuning dan putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemaluan lelaki digigit ular ketika duduk di tandas

Pihak bomba mengarahkan agar seluruh pusat beli belah ditutup, namun hanya laluan ke akuarium tersebut dihalang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ketua pegawai pemasaran Blue Zoo Aquarium, Ronda Swanson menyifatkan Cara adalah seeokor ular sawa dari Burma dan sangat baik walaupun ia 'sangat besar' tetapi tidak berbiasa yang sering berada dalam pertunjukan untuk kanak-kanak.

Dipercayai ular sawa tersebut berada di syiling dan pegawai melaporkan zoo terus ditutup bagi tujuan keselamatan Cara untuk bergerak bebas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Swanson, Cara adalah ular yang tidak berbisa dan boleh membesar sehingga 23 kaki panjang, kini mereka telah menyediakan kawasan yang lebih selamat buat Cara.- Metro.uk

TONTON VIDEO PILIHAN!

dunia, ular gergasi, lokal, zoo, binatang

Artikel Lain