suria

Pesawat bawa 28 penumpang, anak kapal terhempas di laut Rusia

Pesawat Antonov An-26 terputus hubungan sebelum terhempas di laut di timur Kamchatka, Rusia. -gambar fail foto AP

SEBUAH pesawat yang membawa 28 penumpang terhempas di laut di timur semenanjung Kamchatka, Rusia pada Selasa, lapor agensi berita RIA.

Pesawat tersebut membawa 22 penumpang dan enam anak kapal.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dalam persiapan untuk mendarat.

Kementerian kecemasan Rusia berkata, pesawat enjin berkembar turboprop Antonov An-26 itu dalam perjalanan dari Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana, di utara Kamchatka, sebelum terputus hubungan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Memetik kenyataan kementerian itu, RIA melaporkan beberapa kapal dalam perjalanan ke lokasi nahas.

Cuaca di kawasan berkenaan dilaporkan mendung ketika itu. - Reuters

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain