suria

Kate Middleton kuarantin kendiri selepas jadi kontak rapat individu positif Covid-19

Kate sedang menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari. Foto: Reuters

KATE Middleton, isteri kepada Putera William, sedang menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari selepas menjadi kontak rapat kepada seorang individu yang disahkan positif Covid-19.

Duchess of Cambridge itu sepatutnya dijadualkan menghadiri hari ulang tahun National Health Service (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan) United Kingdom ke-73 di samping Duke of Cambridge pada pagi Isnin.

Bagaimanapun Putera William dilihat tiba di Katedral St Paul dan majlis di Istana Buckingham untuk meraikan kakitangan NHS tanpa ditemani isterinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Istana Kensington dalam satu kenyataan rasmi berkata, Kate, 39, tidak mengalami sebarang gejala, tetapi 'mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan kerajaan'.

"Minggu lalu Duchess of Cambridge menjadi kontak kepada seseorang yang kemudiannya disahkan positif Covid-19.

"Beliau tidak mengalami sebarang gejala, tetapi mengikuti semua garis panduan kerajaan serta menjalani kuarantin kendiri di kediamannya, " demikian menurut kenyataan tersebut. - Bbc.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain