SEORANG bapa yang membeli sebuah kereta sport pada tahun anak pertamanya dilahirkan, akhirnya melakukan pengubahsuaian kenderaan itu selepas 27 tahun. David Townend, 60, membeli kereta model MG Midget 1974 pada 1994 pada harga hampir £300 (RM1, 728). Dia kemudian menyimpan kereta lama itu di garajnya dengan tujuan untuk memperbaharuinya. Bagaimanapun, hasrat itu tertangguh disebabkan banyak perkara lain yang berlaku dalam hidupnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bapa kepada dua anak itu kemudian mahu melakukannya selepas anak lelakinya, Michael meminta untuk menggunakan kereta tersebut pada hari perkahwinannya. David yang tinggal bersama isteri di Poole, Dorset di Engand berkata, perkahwinan anak lelakinya mendorongnya untuk menyelesaikan pengubahsuaian itu. Hari perkahwinan itu pada awalnya dijadualkan pada April, tetapi ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19. Namun, ia memberi lebih masa kepada David untuk menyiapkan pengubahsuaian kereta tersebut. - Mirror Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!